Pentadbir-pentadbir universiti seharusnya memahami falsafah pendidikan negara yang mahu melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kritis.<br /><br />Felo Kanan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi, Jufitri Johar berkata, indeks petunjuk prestasi (KPI) tidak seharusnya menjadi matlamat utama pentadbir-pentadbir universiti.<br /><br />Jufitri berpendapat, memartbatkan falsafah pendidikan yang mahu memanusiakan manusia adalah lebih utama berbanding mengejar KPI.